Faith from surah Yusuf
Kita tidak boleh mengubah takdir tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat
takdir. Berapa banyak perkara yang berlaku pada kita awalnya dianggap sebagai
musibah, namun pada kemudian harinya kejadian itu mengubah sudut pandang kita
dalam kehidupan atau menzahirkan bakat dan kelebihan yang Allah sembunyikan
dalam diri kita.
Kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf menngisahkan:
1) Seorang
kanak-kanak diculik dan dibawa lari ke negara Mesir bukanlah salah baginda
2)
Seorang kanak-kanak diperdagangkan sebagai hamba sedangkan itu juga bukan
pilihan baginda
3) Seorang pemuda soleh dipenjarakan kerana difitnah juga bukan
salah baginda.
Maka apa yang kita boleh pelajari daripada perjalanan hidup Nabi
Yusuf?
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH YANG MAHA MENYUSUN ATUR SETIAP INCI KISAH HIDUP
KITA.
Kepercayaan ini yang makin direntap daripada generasi umat akhir zaman
ini.
Sesunguhnya Allah SWT sentiasa mempunyai perancangan yang lebih baik untuk
kita hamba-Nya disaat kita mengeluh atas apa ujian yang ditimpakan kepada
kita.Dan cara Allah SWT adalah luar daripada pengetauhuan dan logik akal kita.
Kesukaran dan ujian yang dilalui oleh Nabi Yusuf adalah untuk menjadikan baginda
seorang Gabenor Mesir yang hebat, adil dan bijaksana. Mukjizat baginda dalam
penafsiran mimpi membantu kelangsungankan hidup penduduk-penduduk Mesir selama 7
tahun. Ya,kita wajib percaya, ujian yang datang hari ini adalah untuk menjadikan
kita lebih kuat pada hari mendatang. Akhir kata, setiap yang baik mahupun tidak,
semuanya atas izin Allah. Kita hamba perlu melatih diri untuk menerima dan percaya
pada takdirnya.
Kupusan dari buku Di bawah teduhan kisah-kisah Al quran (Syaari Abdul Rahman)

Comments
Post a Comment