AKU RASA TAK DIHARGAI WALAUPUN DAH BUAT SEMUA

Assalamulaikum wbt. 

Hari ini, aku terpanggil untuk menjenguk kembali, blog yang sudah lama aku tinggalkan. Ketawa kecil aku saat membaca penulisan atau lebih tepat lagi luahan hati, yang ditulis empat tahun yang lalu. So cute, so inspired and so nice. Itu apa yang aku rasa. I felt that I can write πŸ˜†πŸ˜…

Sadly, aku masih lagi belum betul-betul pulih atau merdeka daripada emosi-emosi ini.

Attachment dengan manusia. Manusia: makhluk yang lemah, banyak kekurangan dan tidak kekal. 

Tapi, positifnya, perasaan itu tidak sedalam seperti dahulu. Yeah, actually I have an improvement. 

Mengharap pada manusia. Apa yang selalu kita ingin daripada mereka? 

PERHATIAN, MASA, BANTUAN, SENTUHAN. 

Salah ke apa yang kita harapkan ni? Kita kan hidup bersama-sama dan normalkan we need each others?

Betul, tiada yang salah, cuma kadang kita tak sedar kita terlalu berharap hingga kita menggantungkan semua harapan, impian, perhatian pada manusia (ibubapa, anak-anak, teman, suami, isteri). 

Jadi di mana letaknya Allah dalam urusan kita? Sedarkah kita selama ini kita telah menggantikan Allah dengan makhluk-NYA dalam hampir segenap urusan hidup kita?

 Sedangkan kita tahu, tapi alpa mungkin, manusia itu sifatnya lemah, jahil, tidur, namun Allah itu maha kuat, maha bijaksana, maha memelihara, maha mengabulkan segalanya!

 Namun masih lagi menagih pada manusia. Masih menagih perhatian daripada seorang teman, pasangan, warga netizen. 

Nah, itu punca kita masih stuck dengan masalah dan perasaan yang sama. Mahu lakukan ini, takut dipandang pelik, mahu berkata ini takut dipulau oleh manusia atau rakan sekerja. Saya lakukan ini mengharap suami/isteri sayang pada kita.

 Jadi, apa yang kita buat supaya Allah tidak berpaling daripada kita? Apa perlu kita buat agar Allah tetap pandang kita, tetap sayang dan lindungi kita? Supaya Allah kekal berikan rezki kepada kita?

Ya, kita stuck sebab dalam hati kita, utamanya puaskan manusia, hanya cari DIA saat manusia sudah meninggalkan dan tidak peduli pada kita.

Tulis mudah, cakap mudah, nak buat tu susah tau. Susah tau!!! Kadang jadi, kadang patah balik. Repeat the same emotional cycle. Penat😭

Yes, I admits, memang susah, mencabar, dan proses itu sangat sunyi, sangat boring. Hanya ada diri kita, hati yang kosong, pemikiran celaru dan Allah. Macam mana nak merasa bercakap, merintih, bergantung pada zat Allah yang kita tidak boleh lihat? Sedangkan manusia itu boleh dilihat, disentuh. 

Teman, perjalanan itu sukar tapi tidak mustahil untuk kita lalui. Jadi, di sini aku ingin berkongsi cara yang aku lakukan untuk belajar bercakap dengan Allah seakan-akan aku melihatnya. 

Tapi kita sambung next posting ye πŸ˜‰πŸ˜‰

Comments

Popular Posts