Tenang itu Bahagia
CERMIN DIRI|SEDAR DIRI|HARGAI DIRI|
Pernah tak kita rasa diri ini tak dihargai malah tiada yang menyayangi?
Sejujurnya saya pernah merasai perasaan itu. Rasa orang hanya mencari kita disaat mereka memerlukan kita. Rasa nak meluah rasa, cari kita. Ketika mereka tak punya sesiapa untuk bercerita, maka kita yang dicarinya. Namun disaat kita memerlukan mereka, kita ibarat menagih masa dan telinga mereka untuk mendengar kisah kita. Adilkah? Sampai bila kita ingin di'pergunakan'?
Relax dulu ye kawan-kawan.
Sebenarnya, cuba kita berfikir begini. Manusia memang diciptakan dengan sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sedangkan kita sendiri kadang-kadang atau kerap kali hanya mencari ALLAH disaat kita susah dan terdesak. Waktu itulah kita merintih memohon pertolongan dan menadah tangan supaya Allah mendengar segala rintihan hati dan masalah kita. Malah ada ketika kita seolah-olah memaksa Allah melenyapkan segala masalah dan memakbulkan segala hajat dan cita-cita kita. Adilkan kita pada Allah? Allah ya rahman memberikan segunung nikmat pada kita, namun kita balas dengan selangit maksiat pada-Nya.
Ya itulah kita, manusia. Mencari tatkala perlu dan berlalu setelah terpenuhi hajatnya.
Perasaan bergantung pada manusia atau mengharap balasan baik daripada manusia lahir kerana kita tidak jelas siapakah diri kita, dari mana kita datang, kemana pengakhiran hidup kita dan mengapa kita diciptakan.
Jika kita belajar untuk mengenali Allah dan sifat-sifatNya, in sha allah hati kita akan terubat setiap kali diuji dalam hidup ini. Akhir kata, saya ingin berkongsi tips untuk kita kekal tenang dan bahagia walaupun kita diuji ingin dengan perkara yang tidak 'best' atau mengganggu fikiran kita.
Cuba amalkan tips ini:
1) Penjam mata dan tarik nafas,
2) Rasai nafas yang anda tarik sedalam-dalamnya. Ulang sampai anda rasa lega dan relax,
3) Pandang wajah anda di cermin. Lihat mata, hidung, mulut, hidung dan anggota badan yang lain.
Katakan: Alhamdulillah sebesar mana pon ujian ini, Allah masih memberiku anggota badan yang sempurna dan berfungsi. Dan yang paling penting aku masih hidup dan memiliki peluang kedua untuk memperbaiki kesilapanku,
4) Menangislah tanda kita berterima kasih kepada Allah😊😊


Comments
Post a Comment