AKU INGIN BAHAGIA
Assalamulaikum wbt.
Posting in adalah sambungan kepada entry sebelum ini yang mana aku menulis tentang kenapa kita masih stuck pada emosi yang sama dan menjadikan manusia sebagai penilai utama hidup kita.
Untuk mereka yang belum baca, boleh klik link di bawah. Aku sarankan supaya korang baca dahulu posting sebelum ini sebelum korang lanjutkan bacaan di sini 🫰😁
🌺https://senyumkernakitapunyaallah.blogspot.com/2025/11/aku-rasa-tak-dihargai-walaupun-dah-buat.html 🌺
Okay, ready semua, ayuh kita melangkah ke gerbang bahagia.
🍁 Pertama:
Aku ambil masa sekejap untuk berhibernisasi dan masuk ke dalam dunia sendiri. Aku cuba perah otak dan bersoal jawab dengan diri, menggunakan hati.
Why I need their validation? Why I need them to listen to my voice? Apa perkara yang aku kurang dan apa lebihnya mereka sehingga aku sangat terkesan dengan tindakan mereka terhadap aku?
Waktu ini kita perlu letak ego di tepi dan betul-betul mengaku apa yang kita rasa meski pun emosi tu sangat 'hina' bagi kita apabila mengaku segala kelemahan kita.
🌺 Sebagai contoh, kita akui, aku suka jika suara aku didengari, aku rasa bahagia dan dihormati apabila cadangan aku diterima. Aku rasa orang tak respect aku bila...., aku rasa oarang sekeliling tak sayang aku dan tak buat aku rasa penting bila mereka...... Jadi aku nak mereka sayang, hormati, buat aku penting, sebab itu aku bertindak sebegitu.
🌺 Suami aku tak puji aku cantik, masakan aku, aku rasa tidak dihargai. Aku letih urus keluarga, tapi suami dan anak-anak tidak pernah ucap terima kasih. Aku rasa tidak disayangi. Kesannya, kita dalam dilema untuk kekal terus melakukan kebaikan atau sebaliknya selepas apa yang kita harapkan tidak dibalas.
Jahat ke kita bila berasa begini? Selfish ke? Lemah ke kita? Hina ke kita mengharap perhatian orang lain even daripada pasangan dan ahli keluarga sendiri?
Jawapannya, TIDAK!!!
Cuma cara kita berfikir, bertindak itu yang kita perlu perbaiki.
🍁 Kedua:
Mulakan menulis perkara yang menganggu fikiran kita. Sebagai contoh, aku takut kalau, aku risau kalau perkara ini terjadi, aku takut kalau aku buat begini, cakap begitu, orang akan benci atau tidak suka kepada aku. Sedar atau tidak, emosi takut, risau datangnya daripada andaian kita, sedangkan perkara itu belum terjadi.
Kita penuhkan hati dan fikiran kita dengan rasa takut, akhirnya itu menjadi fokus kita dan ia bertukar menjadi realiti. Sedangkan pada asalnya ia hanya mainan perasaan kita.
🌺 Ingatlah, Allah bertindak seperti sangkaan hambanya. Sangka buruk, fokus perkara buruk, maka buruk yang terjadi.
🍁 Ketiga:
Setelah menulis apa yang kita rasa dan apa ketakutan kita, itu sudah baik. Jadi apa perlu kita lakukan adalah ubah ketakutan kita kepada ketenangan.
Mulakan berdoa, menulis dan membayangkan perkara-perkara yang baik yang kita inginkan. Fokus kepada kebaikan dan perasaan bahagia, gembira, bersyukur apabila kita telah menerimanya.
🌺 Sebagai contoh, saya takut terlewat sampai ke tempat kerja, nanti mesti orang cakap-cakap belakang, padahal bukan aku sorang saja yang lambat. Okay sekarang cuba kita tukar.
Hari ini aku akan bangun 5 minit awal daripada hari biasa. Aku akan sampai ke tempat kerja 10 minit awal daripada hari biasa. Aku pandu kereta dengan berhati-hati.
🌺 Sampai ke tempat kerja, aku akan sapa kawan-kawan dengan salam dan aku bersedia untuk bekerja dengan amanah. Ya allah lapangkan dadaku dan pertemukan aku dengan orang yang baik.
Kuatkan hati aku untuk menghadapi takdir hari ini. Aaaamiin.
Mudahkan???
Okay, sekarang ambil pen dan mula tulis kerisauan anda dan tukar ia menjadi doa ❤️
Selamat menjadi tenang dan bahagia.

Comments
Post a Comment