SELAMA INI AKU SEORANG YANG RUGI

 Assalamualaikum wbt.


Aku ingin mulakan dengan firman Allah bahawa :
Allah bersumpah ke atas masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan -pesan pada kesabaran. 

🍁Apabila kita mendengar tentang kejayaan demi kejayaan sama ada tentang mereka yang menjadi juara dalam piala BMF, syarikat tersenarai dalam bursa Malaysia, ketokohan seorang Tun Daim, tingginya ilmu Tuan Guru Hadi Haji, kejayaan dan harta mereka yang bergelar jutawan, pernah tak kita terfikir apa yang mereka lakukan dengan masa yang mereka miliki? Adakah mereka tergolong dalam manusia yang rugi atau yang beruntung seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah Al-Asr?

Aku amat kagum melihat susuk tubuh seorang tokoh wanita, Prof Muhaya Mohammad atau lebih mesra dikenali sebagai Bonda.

Pada usia 67 tahun masih aktif bekerja sebagai pakar mata, berkongsi tentang ilmu life coaching dan rumahtangga.

🍁Bila di tanya tentang pengurusan waktu, beliau sering mengulang jangan pernah berhenti belajar. Ilmu membantu kita tumbuh dan menjadi alat untuk kita sentiasa berada dalam kebaikan dan kebajikan. Justera ilmu menjadikan kita, manusia yang beruntung, bukan rugi sepertimana firman Allah di atas kerana hanya mereka yang memiliki ilmu dapat memberikan kebaikan dan nilai kepada manusia lain.

Tapi lambakan maklumat dan sosial media sekarang, kita lebih suka untuk bazirkan masa kita dengan scroll Tiktok, Facebook, IG, Netflix back to back. Dan tanpa sedar, masa dan hari kita berlalu tanpa sekarang kebaikan dan kebajikan. Maka tergolonglah kita sebagai manusia yang rugi.

🍁Tapi aku faham, kita sendiri sering hilang punca atau keliru dari mana perlu kita mulakan untuk mengubah dan mengisi masa luang kita. Jadi, sebagai jalan pendek dan mudah, sosial media dijadikan alat untuk menghilangkan kebosanan dan cara untuk meningkatkan hormon gembira kita, walaupun sekejap sahaja.

🍁Namun, bila diselami, benarkah kita tidak tahu untuk mengisi masa dengan perkara berfaedah atau lebih tepat kita rasa takut untuk melakukan sesuatu yang baru kerana ia perlukan keberanian, perlu keluar dari zon selesa kita, perlu masa fokus dan tenaga untuk kuasai ilmu baru?

Cara fikir tersebut mendorong kita untuk membuang masa dengan cara mudah scrolling TikTok. Sedar atau tidak, rutin itu hanya menjadikan kita lebih letih, lesu, korang fokus dan ketagih kepada keseronokan yang sementara.

Jadi tips yang saya ingin kongsi adalah:


Pertama:

🌺 Set masa selama satu jam untuk kita fikir apa penyebab aku suka buang sama, contoh, scroll TikTok, menonton drama back to back, layan gossip dan kisah rumah tangga orang. Ask why? Adakah sebab hidup aku ni bosan? Aku takde target dalam hidup? Takde hobi atau sesuatu yang kita minat dan perasaan ingin tahu? Again, ask until kita rasa penat. Better penat fikir daripada penat tahan mata layan TikTok.

Kedua:

🌺 Ask yourself apa perkara/punca/faktor yang menghalang kamu untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Untuk buang masa kepada perkara yang memberi manfaat sama ada untuk diri dan lebih besar masyarakat. Adakah sebab kita takut gagal? Atau tak yakin kita ni jenis hangat-hangat tahi ayam, Ask yourself !!

Ketiga:

🌺 Mulakan dengan langkah kecil dan letak target untuk jangka masa pendek dahulu. Kadang kita mudah putus asa sebab kita nampak tujuan dan final destination kita terlalu jauh dan besar. Jadi, mulakan dengan langkah kecil. Sebagai contoh, kita suka scroll TikTok dari jam 8-11malam. So langkah kecil kita adalah, kurangkan skrin time 15 min selama satu minggu. Tidur 15 minit lebih awal selama satu minggu.

🌺 Jadi, aim kita untuk kurangkan skrin time bagi mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Caranya dengan kurangkan screen time selama 15 minit selama 1 minggu. Itu target kita jangka pendek selama satu minggu. Dari langkah kecil itu kita dapat kurangkan ketagihan terhadap sosial media secara beransur-ansur. Lama kelamaan, minat kita terhadap sosial media makin berkurang, masa lebih banyak, kita lebih kreatif mencari aktiviti untuk replace screen time

Kesannya, kita makin fokus, idea bercambah, ilmu meningkat dan the ultimate point adalah kita dapat memberi nilai dan manfaat pada diri dan orang sekeliling dengan ilmu dan kemahiran yang kita perolehi daripada memanfaatkan masa.

So, jom grab pen dan mulakan menulis sekarang. Awal-awal mungkin kita buntu, bosan,  tapi kita perlu lawan dengan fokus pada target jangka pendek kita. Percayalah langkah kerdil ini akan menjadi asbab kita tergolong dalam kalangan manusia yang beruntung.



Ada baik, beri baik, dapat baik dari Allah!!

Comments

Popular Posts